Kami di Chow Tai Fook Jewellery Group Limited ("Chow Tai Fook") serta syarikat induk, anak syarikat dan/atau syarikat sekutu kami dalam kumpulan syarikat Chow Tai Fook Jewellery (secara kolektif dirujuk sebagai "Syarikat Sekutu") memandang tinggi nilai data peribadi dan privasi anda. Kami menyedari betapa pentingnya untuk melindungi data peribadi anda. Kami berikrar akan mematuhi segala keperluan undang-undang dan peraturan perlindungan data peribadi yang terpakai dan berkaitan dengan perlindungan data peribadi.
Terma-terma dalam Dasar Privasi ini mungkin dikemas kini, disemak semula, diubah dan dipinda dari semasa ke semasa sebagaimana yang kami anggap perlu dan versi paling terkini adalah versi yang dipaparkan di laman web kami www.ctfjewellerygroup.com ("Laman Web Kumpulan"). Kami akan mendapatkan persetujuan anda bagi perubahan kepada terma-terma Dasar Privasi ini sekiranya persetujuan tersebut diperlukan oleh undang-undang yang terpakai. Sebarang rujukan kepada istilah "kami" di dalam terma-terma ini merujuk kepada Chow Tai Fook dan Syarikat Sekutu kami. Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti untuk memahami bagaimana kami akan mengendalikan data peribadi anda.
Melainkan persetujuan nyata anda diperlukan oleh undang-undang yang terpakai, dengan memberikan data peribadi anda kepada kami (termasuk dengan mendaftar sebagai ahli mana-mana program pelanggan atau jualan dan pemasaran yang dimiliki, diurus dan/atau dikawal oleh kami, mendaftar untuk menghadiri mana-mana acara kami, menyertai perkhidmatan interaktif kami atau berkomunikasi dengan kami dalam apa jua cara), anda menerima terma-terma Dasar Privasi ini (termasuk terma-terma yang telah dikemas kini seperti yang dinyatakan dalam perenggan di atas), dan memberikan persetujuan kepada kami untuk mengumpul, menyimpan, mendedahkan dan menggunakan data peribadi anda, termasuk memindahkan data peribadi anda ke luar negara, sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Selanjutnya, kami hanya akan menggunakan dan memindahkan data anda bagi tujuan pemasaran langsung seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa tempatan lain bagi Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.Jika anda merupakan pengguna yang berada di Tanah Besar China, sila lawati Laman Web China Chow Tai Fook bagi Dasar Privasi yang terpakai kepada anda di sini.Jika anda merupakan pengguna yang berada di Thailand, sila rujuk juga “Pernyataan Privasi Chow Tai Fook untuk Thailand” yang boleh didapati di sini, yang akan terpakai sebagai tambahan kepada Dasar Privasi ini.
(i) Sumber data peribadi
Jenis data peribadi yang kami kumpulkan bergantung kepada jenis urusan anda dengan kami. Kami mungkin mengumpulkan data peribadi daripada anda melalui saluran berikut:
a. apabila anda mendaftar keahlian bagi mana-mana program pelanggan atau program jualan dan pemasaran kami yang dimiliki, diuruskan dan/atau dikawal oleh kami;
b. apabila anda mendaftar untuk menggunakan atau memasukkan maklumat ke dalam mana-mana perkhidmatan interaktif kami (contohnya blog dan forum kami);
c. apabila anda mendaftar untuk menghadiri mana-mana acara kami;
d. apabila anda membeli barangan dan perkhidmatan daripada kami atau menggunakan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh kami;
e. apabila anda berkomunikasi dengan kami; danf. apabila anda menggunakan Laman Web Kumpulan, laman web lain yang dikendalikan oleh Syarikat Sekutu kami ("Laman Web Syarikat Sekutu" dan bersama-sama dengan Laman Web Kumpulan, dirujuk sebagai "Laman Web") atau halaman rasmi kami di laman media sosial.
(ii) Jenis data peribadi yang kami kumpulkan
Kami mungkin mengumpul daripada anda maklumat berikut yang mungkin mengandungi data peribadi anda sebagaimana yang ditakrifkan di bawah undang-undang dan peraturan perlindungan data yang terpakai:
a. maklumat pendaftaran akaun, termasuk nama, jantina, tarikh, bulan dan tahun lahir, kumpulan umur, gelaran, nombor perhubungan (telefon, faks, telefon bimbit), alamat surat-menyurat, tempat kediaman dan alamat e-mel anda;
b. maklumat pengebilan, maklumat transaksi dan kad kredit (sekiranya anda membuat pembelian daripada kami);
c. maklumat penghantaran (sekiranya anda membuat pembelian daripada kami);
d. rekod surat-menyurat antara anda dengan kami; dan
e. maklumat pilihan mengenai status perkahwinan, pekerjaan, pendapatan bulanan peribadi, minat peribadi atau profesional, demografi, pengalaman dengan produk dan perkhidmatan kami, serta pilihan kaedah perhubungan anda bagi membolehkan kami memberikan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
Semua maklumat yang kami kumpulkan tentang anda mungkin digabungkan dengan maklumat lain yang kami simpan tentang anda.
Sila ambil maklum bahawa kebanyakan barangan dan perkhidmatan, maklumat serta bahan jualan dan pemasaran yang disediakan di Laman Web kami atau melalui cara yang lain tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur sebagaimana yang ditakrifkan oleh undang-undang yang terpakai di bidang kuasa anda. Jika anda merupakan kanak-kanak di bawah umur menurut undang-undang yang terpakai di bidang kuasa anda, anda mesti mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga anda sebelum memberikan sebarang data peribadi anda kepada kami.
Kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
a. untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, termasuk menghantar kepada anda bahan pemasaran dan promosi, maklumat acara serta barangan pembelian dalam talian yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami;
b. untuk menjalankan aktiviti promosi bersama termasuk memaklumkan anda mengenai tawaran jualan dan pemasaran, serta menghantar bahan jualan dan pemasaran mengenai tawaran atau acara promosi syarikat-syarikat gabungan, sekutu, berkaitan, subsidiari kami dan/atau syarikat-syarikat di bawah kawalan bersama oleh syarikat induk utama kami ("Syarikat Kumpulan") dan entiti komersial bebas (bersama dengan Syarikat Kumpulan, dirujuk sebagai "Rakan-rakan Niaga"), yang mungkin terletak di luar bidang kuasa anda, berhubungan dengan produk, perkhidmatan dan/atau perniagaan berikut:
i. perbankan;
ii. telekomunikasi;
iii. salun kecantikan;
iv. barangan elektronik;
v. makanan & wain;
vi. hiburan, termasuk pawagam, taman tema dan karaoke;
vii. pelancongan;
viii. barangan rumah;
ix. pakaian dan kelengkapan sukan;
x. penjagaan diri;
xi. buku;
xii. hotel;
xiii. hartanah;
xiv. syarikat penerbangan;
xv. bunga;xvi. pusat kecergasan;
xvii. kompleks beli-belah;
xviii. konfeksi;
xix. perkhidmatan feri; dan
xx. kasino;
c. untuk memproses permohonan keahlian anda di bawah mana-mana program kami serta mengekalkan dan menguruskan keahlian anda;
d. untuk memberi anda ganjaran, baucar atau perkhidmatan di bawah mana-mana program kami;
e. untuk mengendalikan dan membuat susulan mengenai panggilan khidmat pelanggan, pertanyaan serta aduan anda;
f. untuk menghantar notis pentadbiran dan komunikasi kepada anda yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web kami dan untuk memberi maklum balas kepada pertanyaan atau permintaan anda;
g. untuk menjalankan penyelidikan atau analisis statistik bagi menambah baik barangan dan perkhidmatan kami serta untuk tujuan jualan dan pemasaran;
h. untuk mengesahkan identiti anda dan kelayakan anda untuk menyertai program kami;
i. untuk mendapatkan statistik mengenai pengguna Laman Web kami untuk menganalisis penggunaan laman bagi menyokong pembangunan selanjutnya;
j. untuk memberikan anda ID log masuk bagi Laman Web kami; dan
k. untuk membuat pendedahan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
Anda tidak diwajibkan untuk memberikan data peribadi yang mungkin kami perlukan. Walau bagaimanapun, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami atau maklumat, bahan jualan dan pemasaran Rakan-rakan Niaga kami jika anda tidak memberikan data yang diminta kepada kami.
Seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin akan, dari semasa ke semasa, menghantar kepada anda bahan jualan dan pemasaran, serta maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami atau Rakan-rakan Niaga kami seperti yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) & (b), berdasarkan nama dan butiran hubungan yang telah anda berikan kepada kami. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menggunakan data peribadi anda melainkan kami telah menerima persetujuan anda. Langkah-langkah yang sesuai dilaksanakan bagi memberi anda pilihan untuk "memilih keluar" (opt-out) atau “memilih masuk” (opt-in), sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, untuk menerima bahan jualan dan pemasaran tersebut pada masa anda memberikan data peribadi anda kepada kami.
Sila ambil maklum bahawa anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan jualan dan pemasaran tersebut pada bila-bila masa. Bergantung pada undang-undang yang terpakai, anda boleh berbuat demikian dengan memilih pilihan "opt-out" yang terdapat pada borang langganan atau pendaftaran keahlian yang berkaitan, atau dengan memilih untuk berhenti melanggan (unsubscribe) mana-mana e-mel pemasaran yang telah kami hantar kepada anda, atau dengan menghubungi Talian Hotline kami di (+852) 2138 3399, atau dengan menghantar e-mel kepada kami di privacy@chowtaifook.com, dan menyatakan bahawa anda ingin "memilih keluar" (opt-out).
Kami tidak menjual, menyewa atau memperdagangkan data peribadi anda kepada atau dengan pihak ketiga termasuk Rakan-rakan Niaga kami. Walau bagaimanapun, data peribadi anda mungkin didedahkan atau dipindahkan oleh kami kepada pihak-pihak ketiga yang diterangkan di bawah:
a. pembekal barangan dan perkhidmatan pihak ketiga (sama ada di bidang kuasa anda atau di luar negara) yang dilantik oleh kami untuk membantu membekalkan perkhidmatan kami kepada anda (termasuk analisis dan kajian pemasaran, masukan data, pengurusan pangkalan data pelanggan kami, pengedaran bahan jualan dan pemasaran kami, ganjaran produk, baucar dan khidmat pelanggan) (“Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga"). Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga kami adalah tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan dan terikat secara kontrak untuk menggunakan data peribadi anda mengikut tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas, dan bukan untuk tujuan mereka sendiri (termasuk pemasaran langsung); dan
b. mahkamah perundangan kompeten, agensi penguatkuasaan undang-undang dan/atau badan-badan kawal selia yang kompeten bagi pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkenaan serta perlindungan hak-hak perundangan kami.
Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda lebih lama daripada yang dibenarkan di sisi undang-undang menurut undang-undang dan peraturan perlindungan data yang terpakai. Kami akan memadam data peribadi yang tidak lagi diperlukan daripada sistem kami mengikut prosedur dalaman kami.
Perlindungan data peribadi anda yang kami kumpulkan adalah keutamaan bagi kami kami. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan data peribadi anda dilindungi daripada akses tanpa kebenaran. Kami berpangkalan di Hong Kong. Data peribadi anda mungkin diakses oleh kami atau dipindahkan oleh kami kepada dan diakses oleh pihak ketiga yang disenaraikan dalam perenggan 4, di Hong Kong atau di mana-mana tempat lain di dunia ini. Data peribadi tersebut hanya boleh diakses oleh kami atau kakitangan pihak ketiga yang disenaraikan dalam perenggan 4 bagi tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam perenggan 2, yang akan diarahkan untuk mematuhi kewajipan kerahsiaan dan terma-terma Dasar Privasi ini apabila mereka mengakses data peribadi tersebut.
Walaupun kami akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan data peribadi anda yang dihantar melalui internet atau mana-mana rangkaian telekomunikasi.
(i) Kuki
Kami tidak mengumpul sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara peribadi semasa anda melawat dan melayari Laman Web kami (melainkan anda sendiri memberikan maklumat tersebut kepada kami). Walau bagaimanapun, kami menggunakan kuki untuk menjejaki kekerapan lawatan anda ke Laman Web kami, menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan anda, menganggarkan saiz khalayak kami, menilai populariti pelbagai bahagian Laman Web kami, memantau aktiviti penggunaan Laman Web oleh pengguna, menjejaki bilangan penyertaan dalam aktiviti jualan dan pemasaran kami serta mengukur corak trafik pengguna Laman Web kami. Sesetengah maklumat ini mungkin dianggap sebagai data peribadi bagi tujuan undang-undang perlindungan data yang terpakai. Maklumat dan data yang dikumpulkan melalui kuki tidak akan didedahkan kepada sesiapa melainkan dan kecuali kepada pihak-pihak ketiga yang disenaraikan dalam perenggan 4.
Kebanyakan pelayar web (web browser) ditetapkan secara automatik untuk menerima kuki, namun anda lazimnya boleh mengubah tetapan pelayar anda bagi menghalang penerimaan secara automatik. Jika anda memilih untuk tidak menggunakan kuki, anda mungkin tidak dapat menikmati sepenuhnya Laman Web kami. Untuk maklumat lanjut mengenai kuki dan cara untuk melumpuhkannya, sila rujuk www.allaboutcookies.org.
(ii) Pautan ke laman web lain
Untuk menyediakan maklumat lanjut kepada anda, Laman Web kami mungkin menyediakan pautan ke laman web lain. Data peribadi anda mungkin akan dikumpulkan oleh laman web lain tersebut apabila anda melawati laman web tersebut atau menggunakan perkhidmatan mereka. Apabila anda memilih untuk mengklik mana-mana iklan atau hiperpautan pada Laman Web kami yang membawa anda ke laman web lain, data peribadi anda mungkin terdedah di laman web tersebut.
Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada Laman Web kami dan kami tidak bertanggungjawab terhadap laman-laman web pihak ketiga atau terhadap sebarang data peribadi yang anda serahkan kepada laman web lain tersebut melalui Laman Web kami. Sila pastikan bahawa anda telah membaca dasar privasi laman-laman web lain tersebut.
Di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai, anda mungkin mempunyai sebahagian atau semua hak berikut berkenaan dengan data peribadi anda, termasuk hak untuk, pada bila-bila masa, meminta akses kepada, membuat salinan, dan meminta kami membuat penambahan atau pembetulan, atau menuntut agar pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan anda secara berterusan dihentikan, atau meminta supaya data peribadi anda yang disimpan dalam rekod kami dipadamkan. Untuk melaksanakan hak-hak anda, sila e-mel kami di privacy@chowtaifook.com atau hubungi kami di (+852) 2138 3399.
Sekiranya anda ingin melaksanakan hak-hak anda seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin akan meminta anda memberikan butiran peribadi bagi tujuan mengesahkan identiti anda. Kami akan berusaha untuk memberi maklum balas terhadap permintaan anda selaras dengan keperluan undang-undang dan peraturan perlindungan data yang terpakai, dan kami mungkin akan mengenakan fi yang munasabah bagi memenuhi permintaan akses anda sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Dasar Privasi kami, sila e-mel kami di privacy@chowtaifook.com atau hubungi kami di (+852) 2138 3399.